Sunday, June 29, 2014

SALAM RAMADHAN

Amacam Hari Pertama Puasa ?. Aku dah nyaris-nyaris nak minum air. Bukan sekali tapi banyak kali. Aku Pun Nyaris je nak berhenti kedai mamak nak pegi minum tadi. Aduhai, lemah sungguh aku ni. 

" Kena semayang lebih la ni. "

Sahur camana korang? Takkan hari pertama dah tak sahur kot!.
Terawih camana korang? Takkan hari pertama dah tak terawih kot!.

Alhamdulillah aku masih lagi berdaya.

" Tapi terawih pun terawih jugak, jangan pulak nak ngada selfie-selfie masa terawih. Karang ada orang kena libas dgn monopod Tok Imam karang. Tak Pasal-pasal masuk surat khobar. Dapat publisiti murahan lagi. "

Aku taknak cakap panjang-panjang, karang kena cop atas dahi jadi ustaz pulak kang. 
Haha.

Aku nak cakap pendek je.

"Selamat Berpuasa"

P/S : aku tak buat poster pon.
*malas

Meh Aku Payung Korang Video Faradyable



Wednesday, June 25, 2014

RANDOM. CONCEPT. ILLUSTRATION.

First Concept

T-shirt Concept

Second Concept

T-Shirt Concept

Harap Maaf semua design kat post ni di tambah effect 'Noise' sebab tu nampak macam television hitam putih tiada siaran. HeHe, Untuk tujuan eksperimentasi sahaja sebenarnya. Jikalau Cik Adik Manis Mahu Melihat Yang Tiada Noise Silalah ke Profile Behance saya.


Minggu ni sahaja aku habiskan masa study bab Design Baju, Nak Buat Illustrasi. Ini je aku dapat. Sungguh #butthurt. Payah!. Ni baru bab Design Baju. Tak masuk lagi Bab Design Logo. Mesti lagi #butthurt. Maaf diatas penggunaan hashtag aku yang #butthurt. 

Tapi sebenarnya aku dah masuk dah kitab Logo serba sedikit. Dari segi Font, Bentuk dan Rupa, Kedudukan, Imaginasi, Idea, Kajian dan banyak lagi dipelukan untuk hasilkan satu logo yang menggamit minda dan jiwa raga basikal

-Bab Kata Pepatah 'Troll'-

" Ia Diibaratkan Seperti Makan dan Menelan Kentang Goreng (fries) Yang Sejuk Tanpa Sos "

Berdarah Anak Tekak Woi!!.

Sekian.

Sunday, June 15, 2014

"JIKA JIWAKU SEORANG ROBOT"

"Jika Jiwaku Seorang Robot"

Assalamualaikum.
Karya Manipulasi dari aku lagi, karya ini lama jugaklah aku nak siapkan sebab aku amalkan konsep tangguh-tangguh. Haha. Jangan tiru. Bahaya jikalau ditiru kau Jah!. Sebenarnya dah lama aku nak update tapi maklumlah kesibukan melanda.

Setelah aku berjaya memberhentikan aku dari kerja, Dapat lah aku update blog sambil aksi gaya bebas kuak lentang. Kerja dah berhenti. Belajar kena sambung balik. Banyak lagi aku perlu belajar. Tersangat Banyak.

" I'm Lack of Knowledge and I'm Starving For It "
-Tok Bilal-

Ayat atas ni kena baca ala-ala singa tak dapat makan sebulan. Baru Feel sikit. Sampai disini sahaja hubungan kita. Eh! silap!. Aku nak out dulu banyak kerja perlu di'Settle'kan.

P/S : Kalau ada masa komenggglaa..sob3...haha