Tuesday, November 26, 2013

BERJENIS-JENIS

Based on True Story.

2 hari lepas aku pergi mendaki di ceruk tok kun.
Aku tak tau nak sebut mendaki ke, memanjat ke, tertonggeng ke.

Lama jugak 2-3 jam jugak la.
Sepanjang proses mendaki bermacam-macam jenis tarian angker aku dapat lihat

Ada yang berkuak lentang waktu turun.
Ada yang duduk terkankang di tepian batu sambil berkuak lentang
Apa yang dikuak lentang pun aku tak tahu lah.

Jenis yang paling dahsyat dan hardcore adalah tak pakai kasut.
Pak cik pulak tu.
Tabik hormat darjat tertinggi arr
Respek!

Dan yang paling aku respek pak cik tu pakai seluar Slack dan baju Tshirt Polo lagi
Bukan sorang, 2-3 orang jugak la macam tu.
Hahaha  
*ketawa sopan*

Paling epic aku tengok makcik taichi style
Aku pun lagi aku keluarkan habisla Kung Fu Wing Chun aku
Sila hiraukan imaginasi aku laju-laju!

Last sekali sampai puncak ada jugak turun cerun sambil belari
Berlari plak laju-laju tak bole berhenti
Akibatnya, sakit segala urat badan yang ada di badan
Akulah tu!.

Oh jakun betul Aku!

 Krik, Krik, Krik


Saturday, November 23, 2013

PERMAINAN VIDEO SERIUS BUASIR OTAK !



Salah satu game yang menyebabkan anda terkena satu penyakit buasir otak, Video ini adalah dari channel youtube Pewdiepie. Salah satu channel Youtube femes tahap gaban!, Semua video Cecah Juta Viewer, Gamers yang lawak!. Seronok tika melihat gelagat beliau. Apalagi rajin-rajin lah terjah.
Tapi kalau mau tengok, English mau pahamlaa, Banyak-banyakkanlah tengok citer omputih.

Sekian.

Sunday, November 17, 2013

MANIPULATION TUTORIAL : DRAMATIC MONOCHROMATIC EFFECT BY ANDREI


Kali ini aku menampilkan satu karya manipulasi, based on tutorial oleh Andrei Oprinca. Tutorial beliau adalah High Impact Dramatic Monochromatic Effect. Kali ini aku menampilkan tutorial dari beliau. Amat mudah dan mudah difahami cara penyampaiannya. Belum cuba belum tahu.


Jika anda mahukan stock image bolehla direct ke website beliau
http://www.psdbox.com/tutorials/high-impact-monochromatic-effects

" Tanpa usaha, tiada hasil"

Sekian.

Monday, November 11, 2013

APAKAH ITU 'PHOTO MANIPULATION' ?

Manipulasi sekitar tahun 2011
Mungkin dalam komuniti manusia di muka bumi ini, kadang-kadang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan photo manipulation. Betul atau tidak?. Apakah definisi sebenar 'Photo Manipulation?. 

Berdasarkan Sumber Laman Sesawang Wikipedia.com

" Photo Manipulation adalah sebuah aplikasi atau penggunaan teknik meng'edit' atau menggubah gambar untuk menghasilkan sebuah ilusi daripada gambar sebenar. "

  • Pada zaman moden banyak medium yang digunakan bagi kategori ini adalah secara digital. Sebagai contoh penggunaan perisian Adobe Photoshop. Manakala pada zaman dahulukala, teknik ini dicapai dengan menggunakan dakwat, teknik double exposure dan teknik penggabungan gambar. Kesemuanya menggunakan secara analog.

Header aku jugak dikategorikan dalam photo manipulation.
*peace*

CONTOH-CONTOH PHOTO MANIPULATION

Manipulasi tahun 2013
Manipulasi 2013
Manipulasi tahun 2013
Manipulasi pertandingan manipulasi kukubesi
 Ini hanyalah sebahagian artwork dari aku untuk tahun 2013, masih banyak lagi manipulasi dari aku dari tahun-tahun yang lepas. Malas nak selongkar lagi. Mungkin aku akan buat list kesemua manipulasi aku. Harap dengan penerangan penulisan aku dan bergambar contoh aku ini dapat menjelaskan persoalan yang timbul. Mungkin selepas ini aku akan kongsikan tutorial 'basic' manipulasi. In Sha Allah.

" Jika ada kesalahan jangan lupa tegur "
-khairulsyarafi

mintak isi tabung 
http://curium-cr.com/my-4867582

Sekian.

KARIKATUR BAGI PEMENANG "KARIKATUR GIVEAWAY" PART 2

Karikatur bagi pemenang GA karikatur yang dianjurkan. Settle bagi hadiah. Lepas ni mungkin belajar buat slider nak buat blog untuk bisnes kek mama. Nak buat slider nampak modern sikit untuk mama dan mesra pengguna mungkin tapi mungkin ambil masa yang lama juga. Tidak mengapa biar lambat asal selamat.

Sekian.

Sunday, November 10, 2013

RUDIMENTAL


" Rudimental are a British electronic music quartet, producing mainly Drum & Bass and are signed to Asylum Records and independent label Black Butter. The quartet consists of songwriters and producers Piers Agget, Kesi Dryden, Amir Amor (Amir Izadkhah) and DJ Locksmith (Leon Rolle). The group rose to prominence in 2012 when their single "Feel the Love", featuring singer John Newman, topped the UK Singles Chart.[1] The group have released further singles since, including "Not Giving In" (featuring John Newman and Alex Clare) and 2013 single "Waiting All Night" (featuring Ella Eyre) which also topped the chart in the UK."

-wikipedia-

Salah satu sebab aku berkenan band musik elektronik british ni sebab kebnyakan musik mereka "based on inspiration" sesebuah kehidupan seseorang!, layan!.


Sebuah Video Klip Musik 'official' bagi bertajuk 'Waiting All Night' yang diinspirasi dari kisah benar. Kisah benar bagi warga San Francisco dilahir dengan bakat Juara BMX dan pelakon iaitu Kurt Yaeger. Beliau mengalami kemalangan 2006 dan cacat. Dengan bantuan dan semangat kawan-kawan dan keluarga, beliau dapat bangkit dan berusaha semula dalam kariernya sebagai pemain aktiviti lasak BMX. Semua pelakon didalam video ini adalah watak sebenar.

 Bagi aku, kawan-kawan ni sebenarnya boleh dikategori dalam bahagian sensitif sikit.
"Ops bukan sikit tapi banyak"
-khairulsyarafi-

Sekian.

Saturday, November 9, 2013

THE SECRET LIFE OF WALTER MITTY


" THE SECRET LIFE OF WALTER MITTY "


Tadi tika waktu aku bersiar-siar mencari ilham sambil terasa angin aircond sepoi-sepoi bahasa sejuk sampai ke celah kankang. Aku di bahagian "panggung bukan punggung" wayang tempat orang tonton gambar bergerak terlihat pula satu poster. Poster yang menimbulkan tanda tanya. Sungguh hebat mereka-mereka mencurahkan kesenian pada seni poster. Perasaan kagum membuak-buak-buak.

Wah! ia adalah poster movie bertemakan kehidupan. Kehidupan seorang pemuda yang bernama Mitty. Aku cukup suka cerita tentang kehidupan. Kalau ada unsur-unsur psiko lagi bersinar-sinar mata aku!. Kalau ada.

" Haha "
*terkucil*

Nampak je poster ni terpampang, terus balik bawak moto laju-laju sambil buat aksi lagak ngeri Superman, supaidaman, moto kompom laju macam ghost rider, sampai umah tanpa matikan moto lompat dari moto, tendang pintu, ON laptop, guna perkhidmatan uncle GOOGLE, dapat jawapan.

Jawapan aku dapat
"Coming Soon in December!"
*ingatkan dah keluar panggung boleh donlod je*

=__=''

"Hehehehehehehehehehehehe!"
-loki-
Sekian.

KARIKATUR BAGI PEMENANG "KARIKATUR GIVEAWAY" PART 1


Entri kali ini disajikan dengan hadiah bagi pemenang utama karikatur giveaway yang dianjurkan lalu, lambt siapkan sebab kekangan masa, al-maklumlah praktikal kat kilang so kerja macam kat kilanglah. Guna kesempatan masa free siapkan artwork ni. Thanks sebab sudi join ya :)

Sekian.

Friday, November 8, 2013

APABILA THE AVENGER DI 'REIMAGINED' DALAM DUNIA 8-BIT


sumber : google


Secara Serius boleh dikatakan video ini cukup kreatif kerana trailer filem hebat The Avenger di buat balik dalam bentuk 8-bit. Di buat oleh channel youtube "BirdstickEnt". Secara keseluruhan, watak yang mashuk, bunyi dan musik yang masyuk dan masa yang diambil yang sesuai.

Sekian.

Tuesday, November 5, 2013

ILLUSTRASI " ADOBE PHOTOSHOP & ADOBE ILLUSTRATOR SHORTCUT "

Penggunaan 'Shortcut' dalam penggunaan Adobe Photoshop kurang digunakan dalam kalangan pengguna perisian ini. Tapi ianya adalah salah satu cara untuk mempercepatkan masa dalam penggunaan perisian ini. Adalah salah satu silap besar jika kau orang semua tidak menggunakan 'Shorcut' ini. Jadi di sini saya sharekan illustrasi tentang 'Shorcut' dalam perisian Adobe Photoshop dan Adobe Illustration yang dihasilkan oleh Hongkiat.com untuk kalian semua. 

Selamat mencuba!

Adobe Photoshop Shortcut

Sumber : Hongkit.com
Adobe Illustrator Shortcut

Sumber : Hongkiat.com
Sebenarnya illustrasi diatas adalah wallpaper yang di'share' oleh website Hongkiat.com. Terdapat pelbagai saiz bagi setiap resolusi yang berbeza. Bukan sahaja Photoshop dan Illustrator tetapi Adobe In Design dan Flash juga disertakan bersama beraneka resolusi.


Sekian.

Monday, November 4, 2013

IRON MAN + MASKED RIDER = IRON RIDER

photo manipulation by khairulsyarafi
Kali ini aku tampilkan artwork yang lama tertangguh, artwork bersiri 'Photo manipulation' Iron rider, Aku anggaplah salah satu aset penting bagi memperkukuhkan asas kesenian aku. Di inspirasikan dari karakter 'Marvel' iaitu Iron Man dan dimanipulasi diatas gambar Masked Rider The Next maka terhasilah Iron Rider. Artwork ini tak dapat disiapkan.

 Boleh juga dikatakan diHybridkan lah. 

Gambar asal
Sudikah dia menyelamat dunia dalam dunia hybridnya ?, mungkin sudi, mungkin tak sudi. Semua itu berdasarkan hati kecil. Jika hati kecil berkata ya. Dengan satu sebutan emas 'Ya' dapat menukar ganti kecil jadi besar. Banyak bisikan, satu jawapan padu. Sudikan diri wahai Sang Penyelamat.

Dunia penuh pancaroba

"Sudikah ?"
atau
"Sudikan ?"

Sekian.

Friday, November 1, 2013

CARA TINGKATKAN TRAFIK BLOG TAHAP DEWA



Mungkin cara ini berkesan.
Aku rasa lah.
Haha

 " Dia dah, Anda Bila Lagi "

Sekian.