Monday, September 30, 2013

SIRI MANIPULASI ULTRABROTHER REBORN #2

khairulsyarafi photo manipulation
" Jangan Tinggalkan aku!, Itulah seorang insan yang manis berkata-kata. Kini hanya tinggal dia seorang bergelumang dengan masalah dan memori indah. Hanya tinggal dia seorang untuk menyelamatkan bumi!, Bumi yang penuh dengan kotaraya metropolitan yang dahsyat!. Dahsyat dengan manusia yang pentingkan harta dan duniawi. Akihrnya manusia ini tewas dengan angkatan tentera raksasa!."
Dengan ini akanku gunakan segala kuasa aku 

Demi 7 petala langit

Demi 7 petala bumi

dan....

9 Petala kubis!!
*krik3*


Sekian.

OH SEPTEMBER GA BY SAFIENA & FRIEND


Tentang Diriku

" Pesakit Mental Adobe Photoshop sambil mengisi masa lapang dengan hobi korek idung "

: Kepada Penganjur :
Semua syarat telah kutepati. Jika tidak sila informkan

Sekian.

Saturday, September 28, 2013

GRAND THEFT AUTO V MYTHBUSTER



Pernahkan anda semua melihat siri rancangan realiti 'Mythbuster' ?, Pernahkah anda semua bermain permainan video siri Grand Theft Auto atau bahasa kampung aku selalu panggil game 'GTA' ?,
Pernahkah anda makan nasi?

*krik3*

Kali ini aku channel Youtube 'DefendTheHouse', mempersembahkan video permainan video ini versi ala-ala Mythbuster, bagi peminat permainan video siri GTA, bolehlah menikmati video ini dengan penuh kasih sayang secukup rasa. Mungkin banyak persoalan yang diselesaikan dalam permainan ini.
GRAND THEFT AUTO V MYTHBUSTER


Dapatkanlah permainan di kedai runcit berhampiran rumah anda!
*krik3*

Sekian.

Friday, September 27, 2013

THE WKND - THE INDEPENDENCE MUSIC SCENE

thewknd
Salah satu medium terbaik tentang perkembangan musik 'independence' di malaysia dan Asia Tenggara. Salah satu medium pebret aku bila layan youtube. Maklumlah internet laju.  Pertubuhan ini juga mempunyai TV show @live yang dikenali sebagai 'The Wknd Session'.Ditubuhkan pada 2008.

Banyak band-band bergenre 'Independence' yang di'Featured' ada kaitan dengan citarasa jiwa hamba aku. Maklumlah aku hanyalah si kecil yang berjiwa besar. Jiwa sebesar semut. Haha. Antara band-band 'Favourite' aku yang dimasukkan bertandang adalah Go Gerila!, Iqbal M, Marjinal, The Rebel Scum, The Fridays, Plague of Happiness, Trifecta, The Pinholes, The Pilgrims. Padu!!!

Channel Youtube Mereka

Website Mereka

Let's Cekidaut!!

GO GERILA!

Hasil gabungan otak seni Aizat Amdan, Amir Jahari, Anas Amdan, Ashroff Shariff, Pito dan Ruviyamin. Susunan lagu yang tertur dan lembut hingga semakin rancak! Padu!


THE FRIDAYS!


Sesetengah cakap band ni 'Arctic Monkey Malaysia' , Aku rasa mereka sempoi, bukan sekadar rupa. Tapi hebat! Aku pon tak sehebat ni, setakat ketok tin bolehlah.

Banyak Lagi band lain kau orang boleh meluncur di alam maya ni, secara gambar bergerak lagi pun ado. Aku nak cakap lebih karang cakap akulah Si bijak pandai, maaf aku hanyalah 'Geek' yang hanya 'expert' bagi acara korek hidung dan hobiku adalah korek hidung. Hidung dan Korek Selamanya.

Sekian.

Wednesday, September 25, 2013

SLOW MOTION IPHONE 5S VERSION



Bukak Google Search 'Iphone 5s' Fuh memang dahsyat teknologi mereka, sebab tu aku duk korek tabung ni nak beli, tapi itu hanyalah Impian, Takpa-takpa Impian akanku jadikan kenyataan. Iphone 5S ni sebenarnya dari jauh je aku tengok dari dulu,

" Kecik Beso, Kecik Beso "
-aku tengok-

Semakin lama semakin maju aku tengok mula-mula Performance dia, Pastu Design dia, Pastu Screen dia, Pastu Software dia, Pastu Hardware dia, Pastu Camera dia. Last-last paling aku berkenan skali

"Fungsi Slow mo 120fps"

Lepas ni sapa yang dah beli Iphone 5s ni boleh laaa buat video slow-mo tiap hari, masa korang melompat, masa korang tengah nak mandi, masa korang tengah uk uk, record semua! slow-mo kan semua. Aku sebenarnya taknak nk sembang pasal ipong ni lama-lama sebab Encik Google ada


kental gila mamat ni, ahahaha

" Ipong - Ipong jugak, Slow mo - slow mo jugak, Jangan Pahala pun masuk slow mo"
-kah kah kah-

Sekian.

WORDLESS WEDNESDAY : NUFFNANG!

Pessss Time!
HaHaHaHa
*kaki atas batu

Sekian.

Tuesday, September 24, 2013

SEGMEN – SAYA MAHU DITEGUR


Kali ini aku mahu menyertai rancangan realiti segmen oleh Eyriqazz.com

Kenapa Blog aku Ini Perlu Ditegur
1. Sebab Aku Rasa Blog Masih Lagi Serabut
2. Aku Mahu Kemaskan Lagi Blog aku
3. Kalau OK eloklah aku isikan masa lapang aku korek hidung

" Lain Orang Lain Citarasa, Lain Orang Lain Pendapat! "
-Pertapa Cap Kipas Udang-

Sekian.

Monday, September 23, 2013

PHOTO MANIPULATION : ULTRABROTHERS REBORN

khairulsyarafi photomanipulation
Kadang-kadang impian wonderpet aku melangut tinggi-tingi nak jadi ultraman. Tapi apakan daya, hanya mampu berpijak pada dunia yang nyata. Sebenarnya aku dari kecik minat dengan siri 'Ultraman'. Bukan aku je tapi pak sedara aku, sepupu sepapat aku semua turut serta aktiviti berjemaah ini. Malah duduk depan TV beratur sebarisan tengok ultraman beraksi. Haha

Dulu masa zaman-zaman 'playstation' baru keluar, aku petang-petang duduk depan TV tengok 'Ultraman 80". Sebaik sahaja tamat cerita yang diagung-agungkan tu, serta mata aku keluar rumah sambil buat muka berlagak. Kaki atas batu. Jerit kuat-kuat sambil pegang kayu dan sebut

"Eightyyyyy!!!"

*krik3

Sekian.

APABILA FRUIT NINJA DIPRAKTIKKAN PADA DUNIA SEBENAR


Masih lagi aku ingat ketika waktu android mula-mula diperkenalkan, 'Fruit Ninja' memang sinonim sangatlah. Nampok bebeno kome nipuu tak pernah men game ni. Sebuah game interaktif yang berobjektifkan memotong buah mengunakan jari telunjuk yang digunakan untuk mengorek hidung.

Tapi ini lagi menarik apabila permainan interaktif ini, korang gunakan untuk aktiviti masa lapang korang pada dunia sebenar. Sudah tentu korang merasa diri korang berada di alam samurai tahap gaban final form.


.
.
Ditambah pula dengan musik 'Dubstep" 
Inilah yang dipanggil Inovasi



Sekian.

KUCING DUBSTEP SERIUS REDHO


" Bak kata pepatah 'Meme' "
" Redho jelah! "

Sekian.
*sambil korek hidung

Sunday, September 22, 2013

OF MONSTERS AND MAN : LITTLE TALKS REVIEW


 OF MONSTERS AND MAN : LITTLE TALKS
Malam-malam yang dingin tanpa tiupan angin sangkakala, Aku nak review sebuah kumpulan lagu berbangsa kulit putih, mencari makan dengan mencipta muzik hebat mereka di luar negara. Susunatur
lagu yang menarik dan kreatif. Video juga disunting dengan kreatif dan berinovasi.

" Sebuah lagu tentang pengembaraan 5 pengemudi langit menjumpai batu meteor berbentuk kristal yang mengandungi makhluk dongeng perempuan hilang!. Satu pengembaraan kepahlawanan mereka melalui dunia fantasi bermula dan bergelut untuk mengambalikan makhluk dongeng kepada rakyat 
makhluk tersebut! "

Kadang-kadang aku menyintai sesebuah lagu bukan dari segi hiperbola seni muziknya, tetapi dari segi seni katanya. Kadang-kadang aku menyintai sesebuah lagu bukan dari segi simbolik seni 
katanya, tetapi dari segi seni bunyi muziknya.

-khairulsyarafi-

Sekian.

E'ZHAM ILLUSTRATION

khairulsyarafi arte e design

Siap satu tempahan. Perlu rehatkan minda dahulu, nak pergi jalan-jalan cuti-cuti ni, Cuci-cuci mata dulu, takkan nak depan laptop sambil korek-korek hidung jekan?
kan?
kan?
kan?

Sekian

Friday, September 20, 2013

SENGIH MUSANG

Ylvis - The Fox


"Ring Ding-Ding-Ding Dingeringeding!!"
Gering Ding-Ding-Ding Dingeringeding!!
 Wa Pa Pa Pa Pa Papow
 Wa Pa Pa Pa Pa Papow
 Hatee Hatee Hatee Hatee Ho
 Hatee Hatee Hatee Hatee Ho
Joff Tchoff Tchoffo Tchoffo Tchoffo Tchoff

 #Double Triple Facepalm
Aku tak tahulah Apa Motif Diorang Sebenarnya
=__=''

" Segeli-gelinya dari Ylvis!"
Sekian



Thursday, September 19, 2013

SIRI LUKISAN DIKALA WAKTU MALAM!

" Syarafi Dari Alam Angker "

"Mr Wu Tahan Kentut"

" The Wolverine Selesema "
*bukan salesman

" Ninja Pot Pet! "


" Segeli-gelinya di lukis oleh Khairulsyarafi di Kala Waktu Malam "
Sekian

Monday, September 16, 2013

ILLUSTRATION OWNER BLOG ZAZA

copyright reserved 2013
Illustrasi Owner Blog Zaza berjaya disiapkan, Menuju puncak gemilang cahayaaa. Haha. Blog beliau banyak informasi. Tuan blog pun cun lagi gebu, sentiasa mengingatkan, lawak pun ada. Jom ramai-ramai buat rombongan ke blog beliau. Jangan lupa sediakan bas tambahan. In Case. Haha

Bagi yang ingin menempah bolehlah masuk 'Line', RM30 tunai sahaja bagi seketui ilustrasi, Untuk keterangan lanjut call 1-300-400-500-600. Haha, Aku bergurau sahaja.
emelkan sahaja : skyforce331@yahoo.com atau PM FB aku Khairulsyarafi

Sekian

LIYANA ILLUSTRATION

copyright reserved khairulsyarafi 2013
Entri malam-malam gundah bintang tak nampak hujan renyai-renyai, Seperti biasa entry artwork. Kali ini menampilkan Illustrasi Liyana. Sebenarnya ini adalah hadiah bagi memenangi contest yang dianjurkan oleh aku yang dah lama-lama. Sememangnya kelemahan aku untuk mencari masa menyiapkan artwork ini. Tahniah kepada beliau, semoga menerima hadiah yang tidak seberapa ini.

Masa terluang ini aku siapkan, aku nak update blog bubuh menu tab, bagi senang nak navigasi blog pecah kepala ini, Dengan ini khairulsyarafi melaporkan diri dari angkasa raya televisyen hitam putih.

Sekian.

Thursday, September 12, 2013

MELIHAT DUNIA KALI KE-20


" 12 September 2013, Genap 20 tahun aku Melihat Dunia, Wahai Vitamin, Zat besi, Kalsium dan Protein sila panggil aku sebgai Kawan Baik! Semoga Diriku Kekal Sentiasa Cergas dan Berwibawa dari segi Jiwa dan Raga Basikal!, Terima Kasih Bondaku yang Tersayang kerana melahirkan anakmu ini! Seperti Mati Hidup Kembali! "

 -khairulsyarafi-

Sunday, September 8, 2013

MEMANIPULASI KARYA MERDEKA

Merdeka!


" Bersama memerdekakan diri daripada kotak besi di minda kita! "
-khairulsyarafi-

Orang lain dah habis menyambut merdeka , Aku baru terkinja-kinja nak menyambutnya, sebenarnya  karya ini mahu dihantar Gerak Gempur Kukubesi 18