Saturday, August 31, 2013

POSTER JAMUAN SAMBUTAN HARI RAYA

Klik gambar untuk tembesaran sepenuhnya

Seperti biasa aku, tiada kata secantik lukisan aku menampilkan lagi satu siri manipulasi poster majlis sambutan hari raya jabatan elektronik di tempat pengajian aku, Idea yang datang kali ini hanyalah idea mudah. Tetapi aku masih di dalam dilema dan terdapat satu masalah yang timbul.

Masalah yang timbul adalah pilihan tone warna akhir bagi siri poster ini. Agak sukar untuk membuat keputusan. Sehingga perlu membuat undian dengan rakan di dalam kotaraya alam maya 'Mukabuku'.

" Jadi Anda Bila Lagi ? "
-tok bilal-

Klik untuk tumbesaran sempurna (tona 2)
Klik untuk tumbesaran sempurna (tona 3)

" Jasa baik anda turut dihargai, Manakah pilihan tona yang terbaik? "
-Tok Imam-

Saturday, August 24, 2013

" THE AMAZING 'TEDDY BEAR' JOURNEY "

" The Amazing Teddy Bear Jouney"
-khairulsyarafi-


Aku datang dengan penuh perasaan, Aku juga makhluk yang mempunyai perasaan. Aku suka menyimpan nostalgia dan erti kata lain aku adalah sperti kamera lama yang telah usang. Hari demi hari aku sampai di sebuah planet. Sebuah planet yang didiami manusia. Ia dipanggil planet bumi. Sesiapa jumpa aku, 'En.Teddy' aku perkenalkan nama aku. Tidak susah dan hanyalah mudah untuk kata-kata yang manis sahaja.


Disebuah kotaraya metropolitan, aku memerhati. Ada satu spesis di bumi. Manusia. Spesis ini pula dibahagikan kepada dua. Satu spesis berjiwa hamba dan satu lagi spesis berjiwa kacau. Spesis berjiwa hamba ini aku menabik hormat bak kata warga British adalah 'Respect'. Jiwa mereka istimewa kerana kehidupan mereka normal. Implikasi jiwa mereka, mereka selalu ditindas. Salah satu lagi spesis jiwa kacau. Segala-gala jiwa mereka diserahkan pada kerja sahaja. Wahai Tuhan yang Maha Agung selamatkanlah mereka. Hasil gabungan kedua-dua spesis ini, kotaraya metropolitan ini menjadi kelam dan semakin kelam.


Aku meneruskan sehingga penghujung perjalan aku, Sudah jauh aku mengembara, Sudah lama aku menghilang dari kampung halaman. Sudah lama. Hari makin hari, makin ramai aku mengenali. Beraneka karenah aku belajar. Paling penting spesis disini mempunyai apa yang aku tiada. "Hati". Sungguh indah jikalau aku mempunyai "Hati". Selamat Tinggal 'Bumi' berpenghunikan makhluk yang mempunyai ' Hati '.
Aku pulang

"Jangan Pergi En. Teddy!!!'
jeritan spesis berjiwa hamba

" The End of Amazing Teddy Bear Journey"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekian
Ini adalah satu design siri yang ditulis khas oleh khairulsyarafi a.k.a BerukSarkastik
Tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah mati
setiap gambar manipulasi khas oleh khairulsyarafi art e design
Hak Milik Terpelihara

Tuesday, August 20, 2013

SALAH SATU SEBAB


Inilah Salah satu sebab aku lebih suka menangkap gambar daripada masuk di dalam gambar. Apabila aku bersama rakan-rakan, terpancar dan terpaparlah kerendahan aku. Kawan-kawan aku semua tingi-tinggi cuma aku sahaja yang berbeza. Memang ketara perbezaannya. Kerendahan itu meninggikan semangat Aku.
Makin hari, makin lama, makin dan semakin suka dengan panggilan 'Kecik', Kadang kala rindu panggilan itu.

Thursday, August 8, 2013

1 SYAWAL, 3 DESIGN, 1 PUTARAN PETA MINDA

 Asaalamualaikum
Di sambung pula dengan bunyi meriam simen, tak macam dulu pakai buluh sahaja
 Bukan Setakat Terkejut Beruk Bunyinya Tetapi Beruk Pun Terkejut

 Sempena 1 Syawal ini, Masih Lagi 1 Syawal

Aku Ingin Mengucapkan Hepi Beday
 Eh Silap!
Aku Sebenarnya dan Benar-Benarnya Ingin Mengucapkan

Selamat Hari Raya
Dan Meminta Maaf Bukan Setakat Zahir, Batin pun Sekali 
Dari Hujung Rambut Sehingga Hujung Kaki
Maaf Dipinta


klik gambar nak tengok besar
Kad Raya Ke-1
 Sempena Hari Raya Aku Ada Buat 3 Kad Raya
Kad Raya Pertama Sebenarnya Ada Kisah Tapi Kena Tunggu Blog Post Seterusnyalah!
Saksikan Action Kamen Hanya Di TV9
#tiba-tiba

klik gambar nak tengok besar
Kad Raya Ke-2
Ini Pula Aku Buat Untuk Kawan Aku Sendiri
Banyak Budi Aku Berhutang Dengannya
Aku Harap Hutang Budi Itu Aku Dapat Bayar Bukan Setakat Dengan Pisang Emas,
Kalau Ada Jambu Emas Pun Aku Bagi, Tapi Memang Tak Wujud


klik gambar nak tengok besar
Kad Raya Ke-3
Ini Kad Raya Untuk Mama Aku
Si Jantung Hatiku
Peneman Setiaku
#1 Fan
Peminat Kipas Susah Nak Matiku

Kad Raya Ke-4
>klik sini<

Sekian
teeeet!!

Monday, August 5, 2013

TEMPAHAN KARIKATUR AKAK ONIE

Assalamualaikum

 
Dua Karikatur yang Ditempah oleh Akak Onie Berjaya di siapkan dan ini adalah gubahan terakhir dan diterima olehnya.

Ini pula adalah rekaan sebelumnya

Sekian
Shakalakala bom!!