Sunday, April 29, 2012

CONTRIBUTE TO MY FRIEND

Salam Super Reader 


this photomanipulation us to contribute to my friend

just a quick photo manipulation so banyak laa cacat nya

#sedang menamatkan riwayat sebuah epal..kah3!! >..<

MESTI TIDAK TERKATA

Salam Super Reader


korang rasa apa maksud design fi kali ini?, mesti korang tak tau punyer.. haha sebab fi mana ada gtau pon kan, imaginasi lahkan mesti phone fi a.k.a wonder baby fi ni tak terkata kalau dia boleh bercakap laaa, sebab fi da tukar kernel ngan ROM untuk wonder baby fi ni :P, semalam puas duk menggodek phone, tweak sana, tweak sini, last - last maen game smooth siot!!

tapi hari ini, esok dan lusa, di sini, sana dan situ, fi nak tanya korang pernah tak rasa satu perasaan sehinggakan korang tidak terkata - kata dibuatnya. Sama ada perasaan gembira, sedih, mahupun papejelaa perasaan yang ada di permukaan bumi, tapi yang palaing ketara dan berkaitan dengan hati.

Sebagai sorang sahabat baik, fi nak nasihatkan korang jangan sakiti hati sahabat baik korang, bahaya!!, sebab fi pernah merasainya, memang kecewa sehingga tidak terkata - kata, dan yang plg teruk disebabkan rakan bole jadi stress, jejas belajar, 

"Seorang sahabat yang baik, takkan menyakiti sahabatnya sendiri :')"

"Hari ini jadi kawan, hari esok atau lusa kawan pun bole jadi musuh"

nasihat ni adalah untuk kita bersama :)

:')

CONTEST DOODLE GLIDER

Salam Super Reader

Hari ni fi nak masuk contest doodle glider yang dianjur oleh MIJ

Saturday, April 21, 2012

MENGGEMBIRAKAN HATI #1

Salam Super Reader
keh...keh..keh tiup keyboard sebab berhabuk sangat lama tak hapdet blog ni. Dear Blog, rindu ko la. Akhirnya hari ni aku dapat jugak update blog, sebab da free, kelas baru habis kejap tadi, sebenarnya semalam da free tapi hehe, al-maklumlaa pergi menggembirakan hati semalan dengan kawan-kawan.

Sebenarnya kitorang keluar ni tak dirancang pon, saja-saja je, tapi lepas je kuar dari pagar jmti yang comel tu, kitorang pi Jusco jela, nak tgk wayang tapi tak jadi pulak, sebab dah lambat. Cerita Battleship da start main, Adoyai!!, 



 sempat jugak laa posing tengah - tengah dunia
=__=''


Tak tahu nak buat pa  :D


Lepas tu diteruskan lagi dengan aktiviti wajib yang manusia kat planet marikh akan buat iaitu MAKAN!!, mesti punyer wajib buat adoi aktiviti ni


cuba teka kitorang makan apa, sluuurp, lap sikit air liur yang meleleh tuu


KELAPARAN!!, sapa tau ni..haha


Lepas tu jalan-jalan kat uptown, tengok-tengok barang.Then balik.
Tapi banyak telatahlaa yang telah menggembirakan hati aku, iaitu insan bernama kawan, mekasih korang, camana laa aku nak balas budi korang, 

Nasihat aku jangan jadi
"Hari ini jadi kawan, Hari esok jadi lawan"

Mintak-mintaklaaa dihindari perkara seperti itu.

:'(

Saturday, April 14, 2012

KERAS HATI ? HATI BATU ?

Salam Blogger

Tick!!, Tock!!, Tick!!, Teck!!, jam menunjukkan pukul 9:30 malam, hari pun dah gelap, ehem - ehem!!, oi syarafi oi!! tak payah duk buat ayat novel SANGATlaaah, hati batu?, keras hati?, lebih kuranglah tu kan, itu perumpamaannya. Bukan amek pistol bubuh batu buat peluru pastu tempak ops tembak tepat kat hati yang syahdu. Maaf itu adalah jawapan yang salah. Nah amek kaw satu bijik gula-gula duaploh sen.

Korang pernah rasa keras hati?, rasa nak marah jer kerjanya, haha nasihat kali ke empat ribu duaploh kali pun tak leh pakai kat orang macam ni, bagi yang rasa tak pernah rasa keras hati tu, cepat amek phone laju-laju taip "ON Hatu" dan hantar ke 33333333. Tapi kalau ada smartphone lagi senang donlod jer kat market.   P/S :: "Hatu" stand for Hati Batu..:P



*tarik nafas*

*hembus*

*tarik nafas*

*errk!!* 

*haaap...tuih*

 kalau korang rasa hati korang dah keras sangat, mai sini aku nak share sikit tips-tips untuk korang, memang bole pakai arr tips ni, sumbernya dapat masa sembahyang jumaat kelmarin antarannya adalah


CARA ELAKKAN KERAS HATI

1.Banyakkan membaca Al-Quran dan Berzikir
2.Rendahkan diri...dengan Allah
3.Dekatkan diri dengan majlis ilmu dan jauhi maksiat bukan mat sihat
4.Ingat mati

Ada korang terpikir nak buat benda ni, kalau tak. Jom ramai-ramai buat dan amalkan, bukan untuk aku sorang tapi untuk aku dan semua orang. Dan ingtlah jangan sombong - sombong tau.

TAPI!!!

kalau diri korang adalah 

"ORANG - ORANG"
maka jangan laa ikut

hehe jangan maraaah - marah nanti cepat tua

:)

Thursday, April 12, 2012

MACRO + VECTOR YUYU ZULAIKHA

Salam SUPER READER

ALHAMDULILLAH hari fi dikhabarkan berita baik, fi menang buat vector "Macro Eye" anjuran fiza di WLA, sungguh tidak menyangka fi boleh menang, hehe, hadiahnya pun best,memang best, gambar fi akan divectorkan oleh fiza dan di frame dan dihantar pada fi wow!!, nak kena cari gambar ni, nak cari gambar tengah buat kuak lentang lahh, dan dengan ini dukacita dimaklumkan bahawa posing jenis apa fi nak bg gambar ni, fi ni dahlah kurang gambar fi, haha

MACRO EYE


YEAY!! menang jugak setelah bertungkus lumus membuat macro eye ni, jadi tinggal nk bg gambar dan alamat pada penganjur hehehe,

--------------------------------------------------

korang kenal tak pemilik blog kupu-kupu kecik?? hehe, semalam tiba-tiba rasa nak buat vector jadi masa blogwalking masuklaa blog tu, pastu buatlaa vector untuk pemiliknya

VECTOR YUYU ZULAIKHA


tuan punya gamba ni je boleh ambil tau
durasi lingkungan 4-5 jam jugak membuatnya, proses mewarna paling susah setakat ni dan akhirnya siap. jadi pemilik gambar ini terimalah seadanya setakat ini sahaja yang termampu 

:)

sebagai tanda korang support aku jom :
>KLIK SINI<

Tuesday, April 10, 2012

BUKU DAN BUKU DAN BUKU DAN VOUCHER

Salam SUPER READER

errrrr......
.......

ni adlaah muka-muka wanted yang dikehendaki oleh hospital sakit jiwa, cpt cari laju-laju sekarang!!, hari ni kitorang dapat voucher yang RM 200 tu, haa? apa dia ? baru dapat ka? hang ni memang ketinggalan zaman betulla syarafi ni, takpa - takpa janji aku dapat voucher.

memang eksaited laa kawan - kawan fi, sampai terbawak - bawak dengan fi sekali eksaitednyee, siap buat wishlist buku apa nak beli, tapi tak tahu laa beli buku ke tak sebab kalau voucher ni bole beli makanan ke, minuman ke, tengok wayang ke, best jugak kan?, RM 200 nak beli buku apa ek?

Mula - mula aku nak beli buku buat Magic, pelik?, takpa sebab fi teringin gak tgk orang lain buat magic fi tak reti buat magic, lepas tu?, korang rasa - rasa?, baiklaa fi nak beli buku berkaitan dengan komputer atau design - design ataupun belajar melukis, seronok gak tuh..haha, wow!! :O
*terkedu sekejap*

buku belajar??
errr...

bukan tak nak beli tapi buku yang ada ni pun tak habis - habis baca lagi, dan kalau tengok komfom - komfom buku tu macam baru beli dari kedai jer padahal dah sekelian abad yang lalu dah belinyee, korang pun macam tuker?, kecuali buku latihan math, kalau ada bole jugaklaa buat, kalau ada laa..hehe

kaching2!!!

bukan setakat dapat ni, kitorang siap bergamba dengan benda nih!!..haha memang gila arh

mamat hensem nih
tapi, tapi, tapiiii...fi rasalahkan, buku - buku yang berada dalam "wishlist" fi tu tadi rasa nya semua buku belajar kan kan kan?, baiklah esok kena kuar beli buku ni, lupa plak ada satu lagi wishlist paling istimewa, mama fi nak buku cerita, jadi hehehehe, lu pikir laa sendiri

:)

sebagai tanda korang support fi jom klik sini :

>KLIK SINI<

Saturday, April 7, 2012

WORDLES SABTU *tetiba*

Salam SUPER READERS

*tak boleh tak update*


mama yang ambilkan gambar ni..haha..sakai je tgk ak..haha

:)

Friday, April 6, 2012

FOLLOW ME AT INSTAGRAM

Salam SUPER READER

Dua, tiga, empat, lima , enam, hari yang lepas aku pun tak pasti berapa hari, app "INSTAGRAM" untuk android da release, apa lagi aku pun install terus tak payah donlod, ok aku tipu, the real thing is aku donlod dulu baru install, haha, pada asalnya iphone jer ada instagram ni, senang jer korang amek gambar edit pakai instagram post kat instagram, macam laman sosial yang lain jugak tapi lagi simple dan superb sbb hanya gunakan gambar untuk menceritakan sesuatu, menarik kan??, efek gambar pun very2 nice.

I'm Sexy and I know it!!
*tiba-tiba*


jangan lupa follow aku yer
khairulsyarafi

ada jumpa gambar encem akulaatuu, haaa apedia kalau ada bnyak gambar encem??, mknanya bukan aku lettew, muahaha, *muka perasan sorang-sorang*,follower aku pun sikit jer lagi, al-maklum laaa baru nk berkecimpung pung pung, haha *gelak sorang -sorang* kat SINI

CARA-CARA NAK DAPATKAN APP INSTAGRAM
1.First pegi SINI 
2.Bukak market @ Google Play korang melalui phone korang
3.Search "Instagram @ instagram for android"
4.Download n Instal

mudah jekan??

:)

jangan lupa support fi dgn 

Thursday, April 5, 2012

WITH MY LIL BRO :)

Salam SUPER READER

hari ni mamaku pergi KL, maknanya tinggal lah aku seorang dirumah, hehe,ada tugasan yang diberikan oleh mama, adik pun tiada di rumah, pergi sekolah. Lepas jer habis waktu adik aku bersekolah aku pergi mengambilnya dan terus ke bandar temerloh sebab nak beli tiket balik ke Penang :'(, sekejap rasa cuti yang diberikan, selepas beli tiket tiba-tiba rasa nak pi makan, adik pun ada cakap dia lapar.

Jadi sempat la pi makan, belanja dia sekali sekala.

>KLIK SINI<

adik ku yang psycho, annoying orang tak habis, tapi dia still adik aku :) *via instagram*

Tiba -tiba sebelum pegi makan tadi, kitorang siap sesat2 lagi, al-maklum tak biasa lagi ngan bandar temerloh, nak pegi sini one way, nak pegi sana one way jugak, habis tu macamna nk masuk simpang, tapi tidak mengapa kita belajar dari pengalaman. Bukan senang nak dapat 

"Valueable experience"

:) 

tanda korang support aku jom klik sini
 *skali sorang je :)*

>KLIK SINI< & >KLIK SINI<

Wednesday, April 4, 2012

MACRO EYE

Salam SUPER READER

ngeri plak tengok mata ni

 


Macro eye?, apakah ia?, adakah sejenis makanan ringan atau sejenis amphibians, bukaaaan, ianya adalah sejenis minuman, ok tak lawak pun, Macro eye atau lebih dikenali Macro Eye Photography adalah pengambilan gambar mata secara dekat dengan menggunakan lens macro. Sebenar, tiba - tiba fi cakap pasal macro eye ni sebab salah satu aktiviti WLA yang dianjurkan oleh fiza ialah memvectorkan macro eye dan inilah paling susah aktivitinya dan hadiahnya lumayaan.

Jadi lets cekidauuuut apa yang fi buat

mcam apedaa..huhu =__="

dan inilah hasilnya, hehe, susah gile selama 5-6 jam dihabiskan untuk menyiapkan, Adobe Photoshop CS5 digunakn CS3 pun bolee, sumer bolee, dan mouse. Itu saja dan sekarang fi mahu buat sedikit modifikasi pada artwork ni.
 
 Jeng, Jeng, Jeng!!
 
Kalau korang perasan laa mata ni nampak suci kan~~, muahahaha *gelak evil*, fi nk invert jd dark!!!, dan anak mata perlukan banyak modifikasi!!
sekian dari fi
 
:)

FAN PAGE CELEBRATION GIVEAWAY by EQBAL ZACK



Hai Semua

Seorang blogger berkaca mata dan mempunyai PHD telah membuat 
"Fan Page Celebration Giveaway"

Ini adalah satu tanda terima kasih beliau kepada "Follower" nya dan fan page abg eq, giveaway kali memang menarik korang nak tau apakah giveaway yang akan diberikan, memang lumayan, korang akan sentiasa wangi arr, haha

HADIAHNYA

Sumber
GAMBARNYA
*jangan terkejut sudaa :P*

CK One, Chrome Azzaro and Mont Blanc for men.
DKNY for women









korang tak terujaaaaa ke, fi dah teruja dah ni, jom join ramai, mana ke tau, boleh dapat ni.







tak lupa juga, jom kita pakat vote blog abg eq di DiGi WWWOWW AWARDS 2012
(23 APRIL - 13 MAY 2012)


:)

#19 WORDLESS WEDNESDAY : IN PROGRESS

Salam SUPER READERS



:)

#18 WORDLESS WEDNESDAY : KAMPUNG

Salam SUPER READERS




:|

SARAPAN TENGAH HARI

Salam SUPER READER

orang lain sarapan pagi, aku sorang sarapan tengah hari, hehe, korang jangan jeles2 taw 
*bajet ada orang nak jeles*.
 Sebenarnya best laa jugak sarapan tengah hari ni sebab rasa macam berbuka puasa, cuba korang try dari pagi tak makan pukul 2-4 petang baru makan, fuuuuuuh, nikmatlaa jugak bila korang makan.

Antara menu sarapan tengah hari


sebenarnya aku khusyuk sangat ngadap laptop sampai lupa makan =__=" ,aku ingtkan takda lauk hari ni rupa - rupa ada kat atas dapur pergh sedap tuu, ikan patin masak tempoyak, pergh!!, tapi kena ambil sikit jer nasi, sebab tunggu adik second treat ngan adik lak.

second treat ngan adik nnti kn ada upgrade sikit telur dadar!!!

:)

AGAINST TOMORROW

Salam SUPER READERS

Help is on it’s way all i got to do is wait
Burnt myself and all i got to is wait
I woke up in a rainy day
And i can feel the same yesterday
sit . listen . hayati 

lagu yang menarik dan lirik yang mempunyai maksud yang mendalam

:)

jgn lupa tgk LMFAO
KAT >SINI<

Tuesday, April 3, 2012

AFRO DOODLE :O

Salam SUPER READERS

group WLA ada anjur buat vector macro eye, dateline malam ni submit, sementara aku menyiapkan vector sempat lagi aku aku buat doodle afro, haha


Inilah dia afro doodle, encem tak, encem tak?, mestilaaa encem, tak tahu kenapa masa tgh2 buat teringat kat abang afro samurai, ok jangan tanya sapa dia, haha, dan yang paling special sekali rambut dia, jaga - jaga dalam tu ada banyak harta karun, barang misteri, jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.

pssst - psst, dya ada kawan taw afroo doodle, tapi kawan dia muka memang tak boleh blah
 ni laa kawannya


hehe, jangan terkejut 
:)

I STALK YOUR PROFILE ( JAZZ HAYAT & SYED SHAMIM )

Salam SUPER READER

huargh!! selamat pagi semua!!, :) pagi ini fi nak share lagu ngan korang, suara sedap kot 3 orang mamat ni, jom kita dengar


I Stalk Your Profile (Acoustic) - Jazz Hayat & Aziz Harun

best kan, kan, kan ? tapiii fi cakap 3 orag tadi kan, sorang lagi Syed Shamim buat Cover, best jugak suaranya, woooah :O


Syed Shamim - I Stalk your Profile (Jazz Hayat)

i adore him, woaahh :O. dah lah pandai main gitar macam fi, muka macam fi *ok sila jangan percaya* hehe, tapi ada sorang lagi bezzz gila suara dia..

mamat tu duduk kat
SINI

Happy Always 
:)

Monday, April 2, 2012

HAHAHA SUNGUH GILA

Salam SUPER READER



memang x leh blah mamat dalam video ni, ada ke patut menari sambil pakai legging, ish mcm nangka aku tgk, hahaha, memang tak boleh blah arr!!, dah lah rambut afro, ni sumer gara-gara LMFAO nak datang lah ni, siap cabut seluar sleck. Hahaha

" memang tak boleh blah "

TERSILAP

Salam SUPER READER


korang tahu tak gambar apa ni, kat mana kita biasa jumpa, kalau tak silap kat kedai goreng pisang kan?, eh silap, ke kat kedai mamak, eh kat kedai tayar kot, hehe, bukanla ni sebenarnya lambang yang ada sebelum kita masuk tandas, satu tandas lelaki dan satu lagi untuk tandas perempuan, hehe

nak jadikan cerita, fi telah dipukul oleh segerombolan perempuan,


okee cerita ni tak lawak pun sebenarnya, dan perkara di atas adalah tipu semata-mata, hehehe, jangan maraaah, lek luuu baca sampai habis dulu, hehe, perkara sebenanya fi tersilap masuk tandas perempuan, masa kejadian adalah semalam, haha, pada mulanya tak sedar  pun sbb aa pak cik kuar dari tandas tu, lepas tu fi pun masuk jelaaa, pastu masa dalam tandas tu rasa pelik gile sebab suara pompuan jer yang ada

Apalagi, cemas gila laa dibuanya, dekat 15 minit jugaklaa duk pikir cara camana nk kuar. Fuuhh nasib masa fi kuar ada makcik tu cakap silap tandas lettew..haha, fuuuh..

.:: Pengajaran sebelum masuk tandas ::.

1.Cari papan tanda dulu sebelum masuk tandas
2.Jangan masuk melulu 
3.Kena peka
4.Masuk tandas pompuan sambil buat tk tau
 *ok yang ni tipu :O*

P/S :: pak cik tu pun mesti silap tandas ni.. =__=''

Sunday, April 1, 2012

"RAGE" a.k.a "KEMARAHAN"

Salam SUPER READER



"Rage" atau dikenali sebagai "Kemarahan" *google trnaslate*

Korang pernah marah pada seseorang?,mesti pernah kan. Bukan pada seseorang sahaja, malah pada binatang, kadang-kadang pada dugaan yang diberikan, Subhanallah.



Bukan setakat menyusahkan orang sekeliling, malah kita juga telah memutuskan hubungan silaturrahim, Masyallah


"Memutuskan silaturrahim menyebabkan kita jauh dari Syurga dan dekat dengan Neraka." 
(al-Bukhari dan Muslim)

satu tips fi nak kongsikan jika korang tengah marah

"jika berdiri duduk, jika tengah duduk baringlaa"

jom sama-sama kita kawal perasaan marah kita, kadang fi pun ada rasa marah, biasalah manusia dan nafsunya, nasihat ni bukannya untuk fi sorang jer, ini adalah untuk semua org.
:)